Cara membatalkan Netflix
Anda boleh membatalkan akaun Netflix anda pada bila-bila masa.
Lawati halaman Uruskan keahlian anda. Anda mungkin perlu mendaftar masuk terlebih dahulu jika anda belum berbuat demikian.
Ketik atau klik Batal.
Di bawah Batal, ketik atau klik Lengkapkan Pembatalan.
Itu sahaja! E-mel pengesahan akan dihantar kepada e-mel yang terdapat pada akaun.
Perhatian: Ini satu-satunya cara untuk membatalkan akaun anda dan menamatkan keahlian anda. Langkah mendaftar keluar daripada akaun anda atau memadamkan apl Netflix tidak membatalkan akaun anda.